Wednesday 14 December 2011

Burung Nuri, juga dikenali sebagai psittacines (disebut /ˈsɪtəsaɪnz/), ialah burung dalam kira-kira 372 spesies dalam 86 genus dalam order Psittaciformes, dijumpai di kebanyakan kawasan panas dan tropika. Tiga keluarga telah dibahagikan daripada ordernya, iaitu Psittacidae (nuri sebenar), Cacatuidae (kakatua) dan Strigopidae (nuri New Zealand). Burung nuri ini begitu luas taburannya dengan beberapa spesies yang mendiami kawasan sederhana panas seperti di Hemisfera Selatan. Kepelbagaiannya dapat dilihat lebih tumpat di kawasan Amerika Selatan dan Australsia.
Ciri-ciri fizikal burung nuri ialah mempunyai paruh yang kuat dan melengkung, bertenggek tegak, mempunyai kaki yang kuat dan berkuku kaki zygodactyl. Kebanyakan nuri mempunyai warna yang terang dan jelas, serta terdapat juga beberapa yang mempunyai multiwarna. Bagi bulu pelepah burung kakatua, kebiasaanya berwarna putih sehinggalah ke warna hitam dan juga berbulu pelepah yang boleh digerakkan di atas kepalanya. Kebanyakan nuri menunjukkan sedikit atau tiada langsung sifat dimorfisme seksualnya. Di samping itu, nuri ini juga terdapat dalam pelbagai saiz.
Diet pemakanan burung nuri ini kebiasaanya seperti bijirin, kekacang, buah, tunas dan lain-lain tumbuhan lagi. Terdapat juga beberapa spesies yang memakan haiwan dan bangkai, manakala burung lories dan lorikeet hanya memakan nektar tumbuhan dan bebuah yang lembut. Hampir kesemua nuri akan bersarang di lubang pokok (atau kotak sarang bagi yang di dalam kurungan) dan akan bertelur berwarna putih yang mana akan menetas sebagai anak burung nuri.
Menurut kajian, nuri dan juga beberapa jenis burung yang lain seperti gagak, iaitu raven, jay dan magpie, merupakan burung yang paling bijak dalam kalangan burung-burung yang lain dan juga berkebolehan untuk meniru suara manusia bagi beberapa spesies, yang mana meningkatkan lagi populariti burung tersebut sebagai haiwan kesayangan. Malangnya, tindakan menangkap dan menjual sebagai haiwan peliharaan di pasar gelap, serta pemburuan dan saingan daripada spesies invasif telah menyebabakan kehilangan habitat dan kekurangan populasi liarnya kerana dijadikan sasaran oleh kumpulan unggas yang lain untuk mengeksploitasi kumpulan nuri ini, berbanding dengan kumpulan burung yang lain. Tindakan pemuliharaan yang terkini telah mengambil kira langkah serius dalam memelihara habitat beberapa spesies burung yang kurang karismatik, sebagaimana yang telah dilakukan ke atas beberapa spesies karismatik yang berprofil tinggi, yang mana, juga hidup dalam satu ekosistem yang sama.

No comments:

Post a Comment