Wednesday 14 December 2011

arnab

Arnab merupakan mamalia bersaiz kecil atau sederhana, mengikut spesiesnya, iaitu sekecil Brachylagus idahoensis yang panjangnya 25–29 cm dari kepala hingga ekor, dan beratnya sekitar 300 gram, hingga sebesar Lepus europaeus yang mencapai kepanjangan 50–76 cm dan berat 2.5 hingga 5 kilogram. Bulu arnab biasanya tebal dan lembut, berwarna perang, kelabu, atau kuning pucat. Ekornya berbentuk segumpal kecil bulu berwarna keperangan (berhujung putih bagi arnab ekor kapas).[5] Arnab liar tidak ketara perbezaannya dari segi kadaran tubuh atau cara berdiri, dengan tubuh badan yang montok dan berbentuk telur.
Arnab merupakan haiwan digitigrad, iaitu berjalan secara menjengket. Arnab mempunyai sepasang kaki belakang berjari empat yang panjang, dan kaki hadapan berjari lima yang lebih pendek (termasuk kuku embun pada tapak kaki).[6] Arnab mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat. Tapak kakinya berbulu supaya mudah mencengkam tanah ketika berlari, apatah lagi dilengkapi kuku yang kuat di kesemua jari kakinya.
Arnab juga terkenal dengan telinga yang panjang dan boleh digerakkan, serta deria pendengaran yang hebat sekali. Matanya besar dan penglihatannya bagus pada waktu malam, mencerminkan kehidupan arnab liar sebagai haiwan nokturnal (berjaga malam) atau krepuskul (berjaga senja).[7] Telinga arnab yang sepanjang 10 cm (4 in) atau lebih, mungkin merupakan kesan adaptasi untuk mengesan pemangsa.
Arnab mempunyai dua peranggu gigi acip, iaitu satu di depan dan satu lagi di belakang. Oleh yang demikianlah arnab sebenarnya tidak tergolong dalam rodensia.[8] Carl Linnaeus pernah menggolongkan arnab dan rodensia dalam kelas Glires; tetapi mereka berdua kemudian diasingkan kerana ramai sekali yang berpendapat bahawa keserupaan sesama mereka adalah hasil evolusi tumpuan. Akan tetapi, analisa DNA terkini serta penemuan leluhur sepunya telah menyokong hujah bahawa arnab dan rodensia sama keturunan, oleh itu kedua-duanya sekali dianggap tergolong dalam satu superkelas iaitu Glires.[9]
Arnab merupakan haiwan pencerna usus belakang, yakni kebanyakan proses pencernaan arnab berlaku di dalam usus besar dan usus buntunya. Dalam tubuh arnab, sekum adalah 10 kali besar perut. Sekum dan usus besar membentuk kira-kira 40% saluran pencernaan arnab.[10] Perototan sekum yang unik ini membolehkan salur ususnya menapis bahan berserabut daripada bahan yang lebih mudah dicernakan; bahan berserabut itu dikumuhkan dalam bentuk tinju, manakala bahan yang lebih berkhasiat itu dibubuh dalam lapis mukus dalam bentuk sekotrop (tinja malam). Sekotrop ini kaya dengan zat galian, vitamin dan protein yang diperlukan untuk kesihatan arnab. Arnab memakan bahan kumuh ini untuk memenuhi keperluan khasiatnya; lapisan mukus membolehkan khasiatnya melalui perut yang berasid untuk dicernakan dalam usus. Proses ini membolehkan arnab menyarikan khasiat-khasiat yang diperlukan dari makanannya.[11]
Arnab merupakan haiwan mangsa, oleh itu ia sentiasa peka terhadap persekitarannya. Jika berdepan dengan kemungkinan ancaman, arnab berhenti bergerak dan memperhatikan sekitarnya, kemudian mengingatkan arnab-arnab lain dalam sarang dengan berdetap-detup sekuat-kuatnya di atas tanah. Arnab mempunyai medan penglihatan yang sangat luas, cukup berguna untuk mengimbas persekitaran di atas kepalanya.[12] Arnab terlepas dari pemangsa dengan menggali tanah, meloncat pergi secara gerak siku keluang, dan memberikan sepakan yang kuat dengan kaki belakang sekiranya ditangkap. Gigi yang kuat juga membolehkan arnab menggigit musuh untuk melepaskan diri daripada pergelutan.[13]
Rusa Sambar merupakan salah satu haiwan mamalia yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Cervus unicolor.
Terdapat 6 sub-spesis yang berbeza dari segi saiz dan warna. Bulunya parau dan panjang. Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang biasanya ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang 1 meter (3.3 kaki). Panjang dari kepala ke hujung badan adalah dari 1.7-2.7 meter (5.7-9 kaki); beratnya 150-315 kilogram (340-710 paun).
Makanan utama Rusa Sambar adalah rumput, pokok renek, daun, dan buah-buahan pokok hutan. Rusa Sambar sukar ditemui walaupun di tempat ia berkeliaran. Rusa Sambar akan terus melarikan diri apabila terdengar apa-apa bunyi sahaja. Jika diserang oleh harimau, harimau bintang atau anjing liar, Rusa Sambar akan terus terjun ke sungai dan berenang melarikan diri.
Rusa Sambar hidup bersendirian kecuali di musim mengawan. Pada musim mengawan, rusa jantan akan mengumpul sekumpulan rusa betina jagaannya dan mempertahankan kumpulannya dari sebarang lawan (rusa jantan lain). Di tengah dan Selatan India, rusa betina melahirkan anak pada bulan Mei dan awal bulan Jun tetapi pembiakan boleh berlaku pada bulan lain di kawasan India yang lain. Selepas 8 bulan bunting, satu (jarang dua) anak rusa akan dilahirkan dan disusu selama beberapa bulan.
Rusa Sambar terdapat di India, Indonesia, Asia Tenggara. Rusa Sambar tinggal di hutan Tropika Panas dan Hutan Sub-tropika, sehingga ketinggian 10,000 kaki.
Burung Nuri, juga dikenali sebagai psittacines (disebut /ˈsɪtəsaɪnz/), ialah burung dalam kira-kira 372 spesies dalam 86 genus dalam order Psittaciformes, dijumpai di kebanyakan kawasan panas dan tropika. Tiga keluarga telah dibahagikan daripada ordernya, iaitu Psittacidae (nuri sebenar), Cacatuidae (kakatua) dan Strigopidae (nuri New Zealand). Burung nuri ini begitu luas taburannya dengan beberapa spesies yang mendiami kawasan sederhana panas seperti di Hemisfera Selatan. Kepelbagaiannya dapat dilihat lebih tumpat di kawasan Amerika Selatan dan Australsia.
Ciri-ciri fizikal burung nuri ialah mempunyai paruh yang kuat dan melengkung, bertenggek tegak, mempunyai kaki yang kuat dan berkuku kaki zygodactyl. Kebanyakan nuri mempunyai warna yang terang dan jelas, serta terdapat juga beberapa yang mempunyai multiwarna. Bagi bulu pelepah burung kakatua, kebiasaanya berwarna putih sehinggalah ke warna hitam dan juga berbulu pelepah yang boleh digerakkan di atas kepalanya. Kebanyakan nuri menunjukkan sedikit atau tiada langsung sifat dimorfisme seksualnya. Di samping itu, nuri ini juga terdapat dalam pelbagai saiz.
Diet pemakanan burung nuri ini kebiasaanya seperti bijirin, kekacang, buah, tunas dan lain-lain tumbuhan lagi. Terdapat juga beberapa spesies yang memakan haiwan dan bangkai, manakala burung lories dan lorikeet hanya memakan nektar tumbuhan dan bebuah yang lembut. Hampir kesemua nuri akan bersarang di lubang pokok (atau kotak sarang bagi yang di dalam kurungan) dan akan bertelur berwarna putih yang mana akan menetas sebagai anak burung nuri.
Menurut kajian, nuri dan juga beberapa jenis burung yang lain seperti gagak, iaitu raven, jay dan magpie, merupakan burung yang paling bijak dalam kalangan burung-burung yang lain dan juga berkebolehan untuk meniru suara manusia bagi beberapa spesies, yang mana meningkatkan lagi populariti burung tersebut sebagai haiwan kesayangan. Malangnya, tindakan menangkap dan menjual sebagai haiwan peliharaan di pasar gelap, serta pemburuan dan saingan daripada spesies invasif telah menyebabakan kehilangan habitat dan kekurangan populasi liarnya kerana dijadikan sasaran oleh kumpulan unggas yang lain untuk mengeksploitasi kumpulan nuri ini, berbanding dengan kumpulan burung yang lain. Tindakan pemuliharaan yang terkini telah mengambil kira langkah serius dalam memelihara habitat beberapa spesies burung yang kurang karismatik, sebagaimana yang telah dilakukan ke atas beberapa spesies karismatik yang berprofil tinggi, yang mana, juga hidup dalam satu ekosistem yang sama.

Ikan koi

 

Ikan Koi merupakan sejenis ikan kap yang banyak dipelihara sebagai ikan hiasan kerana sifatnya yang lemah lembut. Ia hampir menyerupai ikan Emas dan memang dalam famili yang sama dengan ikan Emas.
Jenis Ikan Koi Terdapat banyak sekali jenis ikan koi, tiga antaranya yang sangat terkenal disebut Gosanke. Yang termasuk Gosanke adalah :
1. Kohaku Kohaku merupakan jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah di atas warna putih.
2. Sanke Sanke adalah jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah dan hitam di atas warna putih. Corak hitam tidak terdapat di kepala.
3. Showa Showa adalah jenis ikan koi hitam dengan corak warna merah dan putih.

burung serindit

Burung Serindit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.
Burung Serindik jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.
Jantung burung ini terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrike

ikan paus

Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri berikut:
  • bernafas melalui paru-paru
  • mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa)
  • berdarah panas
  • mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak.
  • mempunyai empat ruang jantung


Ikan paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eosen, kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu ikan paus terawal yang telah pupus adalah Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung menonjol dan bergigi. Basilosaurus sepanjang 25 meter panjang.
Tinggalan fosil menunjukkan paus berasal daripada haiwan daratan berkuku, kemungkinannya dari haiwan seperti Mesonychid (haiwan seperti serigala yang tinggal dipersisiran pantai) yang beransur-ansur kembali tinggal di laut kira-kira 50 juta tahun dahulu. Satu lagi kemungkinan haiwan lain yang berubah menjadi paus, adalah Ambulocetus, mamalia bersaiz anjing laut, sepanjang 3 meter seberat 650 paun.
Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu ikan paus Odontoceti paus bergigi, dan paus Baleen, Mysticeti. Paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong, dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus baleen pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air, dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan

ikan emas

Ikan Mas (bahasa Inggeris: Goldfish ), Carassius auratus, merupakan salah satu ikan terawal yang dibela jinak, dan masih merupakan ikan akuarium yang dipelihara. Selain daripada merupakan ahli yang agak kecil kepada keluarga ikan kap (yang merangkumi ikan kap koi serta kap krusian), Ikan Mas ialah versi bela jinak kepada ikan kap kelabu tua/perang yang berasal dari Asia Timur (dibela jinak buat pertama kali di China)[1] dan yang dibawa masuk ke Eropah pada akhir abad ke-17. Nama saintifiknya Carassius auratus. Mutasi yang melahirkan Ikan Mas juga diketahui daripada spesies-spesies siprinid yang lain, seperti kap biasa dan tench.
Ikan Mas boleh membesar sehingga 23 inci (59 sentimeter) panjangnya dan 9.9 paun (4.5 kilogram) beratnya, walaupun saiz ini jarang dicapai; sebenarnya, tidak banyak Ikan Mas yang dapat mencapai sehingga separuh saiz ini. Dalam keadaan-keadaan optimum, Ikan Mas boleh hidup selama 20 tahun lebih (rekod dunia ialah 49 tahun), tetapi kebanyakan Ikan Mas yang dipelihara di rumah umumnya hanya hidup selama enam hingga lapan tahun, akibat selalu dipelihara di dalam mangkuk. [2]

Harimau



Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.
Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.
Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malays

Wednesday 7 December 2011



Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.
Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.
Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo

Kucing



kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.